Romans 8:1-2, 5-6, 28-39 (NKJV)
1 There is therefore now no condemnation to those who are in Christ Jesus, who do not walk according to the flesh, but according to the Spirit.
2 For the law of the Spirit of life in Christ Jesus has made me free from the law of sin and death.
5 For those who live according to the flesh set their minds on the things of the flesh, but those who live according to the Spirit, the things of the Spirit.
6 For to be carnally minded is death, but to be spiritually minded is life and peace.
28 And we know that all things work together for good to those who love God, to those who are the called according to His purpose.
29 For whom He foreknew, He also predestined to be conformed to the image of His Son, that He might be the firstborn among many brethren.
30 Moreover whom He predestined, these He also called; whom He called, these He also justified; and whom He justified, these He also glorified.
31 What then shall we say to these things? If God is for us, who can be against us?
32 He who did not spare His own Son, but delivered Him up for us all, how shall He not with Him also freely give us all things?
33 Who shall bring a charge against God’s elect? It is God who justifies.
34 Who is he who condemns? It is Christ who died, and furthermore is also risen, who is even at the right hand of God, who also makes intercession for us.
35 Who shall separate us from the love of Christ? Shall tribulation, or distress, or persecution, or famine, or nakedness, or peril, or sword?
36 As it is written: “For Your sake we are killed all day long; We are accounted as sheep for the slaughter.”
37 Yet in all these things we are more than conquerors through Him who loved us.
38 For I am persuaded that neither death nor life, nor angels nor principalities nor powers, nor things present nor things to come,
39 nor height nor depth, nor any other created thing, shall be able to separate us from the love of God which is in Christ Jesus our Lord.
Roma 8:1-2, 5-6, 28-39 (AVB)
1 Dengan demikian, sekarang tidak ada hukuman bagi orang yang ada dalam Kristus Yesus.
2 Kerana melalui Kristus Yesus hukum Roh kehidupan telah membebaskanku daripada hukum dosa dan kematian.
5 Bagi orang yang hidup menurut sifat tabii yang berdosa, fikirannya tertumpu kepada apa yang diingini oleh sifat tabii itu; tetapi bagi orang yang hidup menurut Roh, jiwanya tertumpu kepada apa yang diingini oleh Roh.
6 Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan.
28 Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.
29 Kerana dari mulanya dahulu Allah telah menentukan mereka yang dipilih-Nya supaya menjadi selaras dengan rupa Anak-Nya, maka Anak itu merupakan yang sulung di antara saudara yang ramai.
30 Dan orang yang ditentukan Allah dari mulanya dahulu dipanggil-Nya; orang yang dipanggil-Nya itu diperbenar-Nya; orang yang diperbenar-Nya itu dipermulia-Nya pula.
31 Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita?
32 Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela?
33 Siapa yang akan mendakwa orang pilihan Allah? Allah yang memperbenar.
34 Siapakah yang dapat mempersalah kita? Kristus Yesus, yang telah mati, bahkan lebih daripada itu, yang telah dibangkitkan, berada di sebelah kanan Allah dan juga berdoa syafaat bagi pihak kita.
35 Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang?
36 Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Kerana-Mu kami menghadapi maut sepanjang hari; Kami dianggap sebagai domba untuk disembelih.”
37 Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita.
38 Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun,
39 ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.